Direktori MK

Direktori MK adalah listing restoran, cafe, bistro, food truck, kiosk makanan atau minuman, gerai atau apa-apa bentuk perniagaan berkaitan jual makanan dan minuman diusahakan oleh pengusaha muslim yang semestinya halal.
Direktori MK berkonsep dari komuniti untuk komuniti. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mendaftarkan perniagaan ke dalam direktori dan tidak semestinya pemilik perniagaan. Sebagai contoh, anda sering membeli kuih di tepi jalan dan anda pasti perniagaan tersebut adalah diusahakan oleh pengusaha muslim dan anda ingin membantunya. Anda boleh bantu dan sokong perniagaan kuih tersebut dengan mendaftarkannya ke dalam Direktori MK ini. Namun, pihak MK amat menggalakkan pengusaha perniagaan sendiri untuk mendaftarkan perniagaan mereka agar maklumat yang dimasukkan lebih tepat.
Kami tidak berkira dalam membantu peniaga di luar sana. Oleh itu, Direktori MK adalah percuma untuk digunakan. Semoga perniagaan anda semua terus maju jaya!