MudahKira Point of Sale (MK POS) adalah sebuah sistem online juruwang yang mudah digunakan. Ia membantu penjual mengira nilai jualan, potongan harga (discount) atau cukai (tax) dengan mudah dan tepat.
MK POS disediakan dengan fungsi yang mudah dan universal. Oleh itu, ia boleh digunakan oleh restoran, cafe, food truck, butik pakaian, kedai aksesori, mini mart dan sebagainya. Pengusaha perniagaan hanya perlu mendaftar dan akaun akan disediakan dalam tempoh 48jam untuk mula digunakan, insyaAllah.
MK POS adalah sistem online dan terdapat versi mobile (android). Pengguna hanya perlu mempunyai akses kepada internet pada komputer/smartphone untuk login ke sistem MK POS dan menggunakannya.
MK POS versi 2.2.0 ini hanya menerima bayaran secara tunai. Pihak MK dalam peancangan menaik taraf sistem untu menyokong kaedah bayaran secara online/kad.