Dapur Raya Prihatin

- Updated September 4, 2019

Dapur Raya Prihatin

Antara tempat menjamu selera yang harus anda cuba jika berada di sekitar Bangi/Kajang.

 

DAPUR RAYA RPWP DISERBU PADA KALI PERTAMA IA DIBUKA KEPADA MASYARAKAT UMUM.
.
Alhamdulillah, cetusan idea dari anak-anak RPWP untuk memanjang-manjangkan nikmat sentuhan ikhlas dapur RPWP kepada setiap anggota masyarakat akhirnya menjadi kenyataan tahun ini. Semasa idea ini disuarakan di dalam syuro, sebulat suara kami menyetujuinya.
.
Pada hari pertama Dapur Raya RPWP dibuka, kami disambut dengan ribut yang kuat yang merobohkan 2 signboard kami serta mematahkan 1 buah khemah. Namun semua itu tidak memutuskan semangat anak-anak untuk terus belajar. Pasak signboard dibuat lebih kuat, khemah dipasak lebih kukuh dan banyak lagi tindakan dilakukan supaya masalah cuaca itu boleh ditangani. Ini juga sebahagian dari PROBLEM BASED LEARNING yang kita jalankan di Akademi Insan Prihatin sendiri.
.
Lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, biskut raya, dodol semuanya dibuka kepada umum tahun ini. Sambutan pada hari kedua (hari ini) sangat memuaskan sehingga lemang oversold. Kami minta maaf kerana lemang yang kita sedang bakar pada waktu ini di petang hari juga telah mempunyai penamanya. Kami terus mengalu-alukan tempahan terutama untuk sepanjang hari raya ini kepada mereka yang ingin membuat tempahan lemang untuk rumah terbuka pula.
.
Ada pelanggan yang datang sejauh dari Johor Bahru untuk merasai sendiri sentuhan dari asnaf dan anak yatim yang tidak pernah meminta-minta sebaliknya berusaha dengan segala daya yang ada. Terima kasih juga kerana banyak juga yang menghulur wang besar untuk bil seringgit dua tetapi tidak mahu bakinya dikembalikan. Sempat juga yang didoakan terus oleh anak-anak sendiri atas niat sedekah itu sendiri.
.
Lebih sayu hati, ada yang datang bukan semata-mata untuk membeli lemang dan biskut raya tetapi turut mewakafkan sebuah kereta yang masih elok lagi. ALLAHUAKHBAR. Pasti ada sebab besar mengapa Allah tidak menyukai kita untuk meminta-minta kerana dengan sedikit usaha dan ikhtihar yang ada, masyarakat lebih tersentuh untuk memberikan lebih dari apa yang biasanya orang minta. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menghulurkan wakaf masjid memandangkan tapak Dapur Raya RPWP ini juga adalah tapak baru yang sebahagian kawasan ini akan dibangunkan sebuah masjid. Sempat kami bawakan pewakaf ke tapak pembinaan untuk tunjukkan di mana masjid itu bakal berdiri.
.
Terima kasih kepada semua. Minta maaf kepada yang tidak berkesempatan merasai lemang kami. Jangan risau, teruskan share posting ini supaya mungkin ada keperluan lain untuk lemang dan juadah raya lain di sepanjang Syawal ini.
.
Syukur Alhamdulillah.
.
WARGA PRIHATIN

 

 

*Info dari Team Explore MK.
*Sekiranya terdapat sebarang kesalahan maklumat, sila hubungi pihak MK

Phone Number

Price Range

RM+

Opening Hours

Monday 6:30 am12:00 am

Tuesday 6:30 am12:00 am

Wednesday 6:30 am12:00 am

Thursday 6:30 am12:00 am

Friday 6:30 am12:00 am

Saturday 6:30 am12:00 am

Sunday 6:30 am12:00 am

Today

See more

Address

DAPUR RAYA PRIHATIN, Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Pengunjung MK

005399
Users Today : 11
Users Yesterday : 16
This Month : 359
This Year : 4204
Total Users : 5399
Views Today : 19
Total views : 13454
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.238.190.82
Server Time : 2020-11-25

Kategori Blog